Train Ride to Bangkok

November 08, 2018

As promised I'm sharing you full itinerary for our recent Train Ride to Bangkok with 4 kids. Its going to be a long description, so please excuse me.

2/November/2018 - Jumaat
Kami naik train ke Bangkok (direct flight) dari Padang Besar (Siam). Cross bridge jer Padang Besar (Perlis) & Padang Besar (Siam) ni. Tak jauh pun. Train kami pukul 6 petang (waktu Siam). Train ni kalau ikut jadual dia akan sampai 10.30 pagi esok hari, dan Alhamdulillah kami sampai lebih kurang waktu yang tertera. Train amik masa 16 jam ke Bangkok. Masa beli tiket, kami dapat 3 katil bawah, 1 katil atas. Trip kami melibatkan 3 dewasa + 4 kanak-kanak. Jumlah tiket lebih kurang RM593 = 4,680 Baht.

Keadaan train sangat selesa, kami kebetulan dapat dekat sikit dgn toilet, easy for the kids. Ada yang tanya, berbaloi ke naik train lama-lama sampai 16 jam. Naik jer la flight, sejam dah sampai. Flight bukan pilihan kami utk ke Bangkok sebab niat kami nak bagi budak-budak ni enjoy train ride yang agak lama perjalanannya. Don't worry, train sgt selesa. Tempat tidur dia macam tidur hotel dah. Lagipun malam, budak-budak tidur jer. Malam dalam 8 malam, aku sediakan makanan utk diorg makan. Ada nasi lemak, ada ayam goreng, ada roti, coco crunch, susu, epal strawberry, chocolate and macam2 lah. Penting bawak mkanan banyak-banyak. Aku bawak satu luggage penuh dgn makanan.
Bangun pagi esok tu, train dah nak sampai bandar Bangkok. So xde la budak2 bosan dlm train, sebab tidur pun dah lebih separuh perjalanan. The best part dalam train adalah when you wake up in the morning, sunset dok tunggu dengan cantik sekali.

3/November/2018 - Sabtu

Sampai Hua Lampong Train Station dalam jam 10.40 pagi. Keluar dari train, kami amik tut-tut, terus ke MBK Shopping Mall untuk nak lunch.Kami makan kat Yana Restaurant- Tingkat 5. Tu pun baca review sebelum ni, memang orang malaysia pergi situ utk makan. Amik tut-tut dlm 5 minit ja, sampai dah MBK Shopping Mall tu. Lepas dah habis makan, we moved to our first hostel (Craftel Hostel). Ya, hostel bukan hotel mewah gah ada swimming pool and so on. I sengaja cari yang boleh muat semua dalam satu bilik, tapi syarat dia, hostel tu harus modern dan hipster. Budak-budak ni enjoy la sebab konsep hostel tu kan ada katil double decker. So haruslah mood train ride tu dibawa hingga ke tempat penginapan. Berebut nak tidur kat atas, x bagi nangis okay..In fact, they ended sleep at lower bed pun ceritanya. No one occupied the upper bed. Dormitory rooms yang kami dapat tu ada 8 beds, kami bayar RM214 utk 1 malam. Reason amik hostel ni jugak, sebab aku nak masak. Aku jenis yang payah nak makan, pergi la ceruk dunia mana pun. Siap bawak dapur electric, gigih masak nasi secara manual. Segala makanan dlm tin bawak. Staff kat hostel tu baik sgt, bagi jer ktrg masak, guna dapur dia. Agak2 kalau hotel mewah, boleh buat semua tu? Makan buah jer la kami nanti. Hostel tu cantik, i recommend you all stay situ. Toilet pun dekat dgn bilik. Selangkah jer. Bawak budak2, bawak jer tempat2 yang x formal macam tu, diorg nak explore jer. Kalau hotel mewah2, macam x sesuai jer tema nak bagi diorg memahami dunia. Paris Hilton sangatlah korang kalau nak style bermewah-mewah stay kan. Mami belum bawak g Jaipur, India lagi ni.
Aktiviti hari kedua kami ni, xde yang berat2. Kami bawak budak2 ni Chatuchak Weekend Market jer, naik grab dari hostel dalam 150 Baht. Pusing-pusing pasar tu, jalan-jalan pastu balik hostel.

















4/November/2018 - Ahad

Pagi-pagi breakfast dulu kat hotel. I masak macam biasa la. Lepas tu jalan kaki dari hostel ke Jim Thompson dalam 10 minit jer. Budak-budak seronok sebab boleh lalu ikut laluan sungai, tengok boat lalu tengah-tengah. Kami tak masuk pusing rumah Jim Thompson, just strolling around kat luar jer, sebab rasanya budak2 x benefit sgt kalau nak cerita pasal architecture rumah and so on. Lagipun kat luar ada dia pamer cocoan larvae yang guna buat kain sutera tu. Cukuplah setakat tahu yang tu. Lepas tu kami jalan kaki balik hostel, check out dan tunggu amik kereta sewa.
Proses nak sewa kereta agak leceh, sebab kena guna credit card. Kami xde credit card, jadi kena g cari company sewa kereta lain. Jumpa jugak, tapi mahal sikit 1200 Thai Baht sehari. Kami sewa utk 3 hari, kereta Toyota Vios. Cukup lah utk kami semua. Masa dah drag sebab menunggu urusan sewa kereta. Dalam jam 3 petang, kami gerak makan kat Restoran Ibu, Malaysian restaurant kat area Silom, lepas tu pergi Chatuchak Market sekali lagi.
Dalam jam 5.30 petang, kami gerak ke Kanchanaburi, dalam 160km dari Bangkok town. Perjalanan took about 2 hours and half. Kami stay kat T&T Hostel Kanchanaburi. Rate for 1 night utk 2 rooms 1200 Thai Baht. Yang ni dia macam resort. Still, i can cook and use their kitchenette.





















5/November/2018 - Isnin

Pagi-pagi bangun, breakfast kat T&T Hostel Kanchanaburi sebelum bergerak ke Erawan Waterfall & National Park. Sebelum bertolak, kami enjoy dulu ambiance kat resort kami stay tu, sebab cantik dan relaxing sgt. Dah la murah. T&T Hostel ni located by the river, so boleh enjoy scenery dia yang cantik. Duduk sekitar hostel pun, dah menarik. Trip kami x rushing dan x terikat dengan jadual padat-padat, janji kami ada banyak masa utk pusing-pusing resort, budak-budak pun ada peluang nak main-main sekitar.
Dalam jam 9 pagi, kami check out dan gerak ke Erawan Waterfalls dalam 1 jam dari T&T Hostel. Sampai sana, kami masuk National Park dia dgn bayaran lebih kurang 900 Baht utk semua (3 adults + 4 kids). Waterfalls 7 tingkat ada dalam National Park tu. Kami dah set, kalau agak tinggi dan memenatkan to the kids, we will just end up at 2nd pool sahaja. Tapi kami naik sampai 4th pool, lepas tu turun balik. Nature cantik dlm tu, cuma air terjun tu dlm sgt utk nak mandi. Tambah plak penuh dgn ikan dalam pool tu. Bukan takut air, tapi takut ikan.
Turun dari waterfalls, kami gerak ke next hotel, Mida Resort Kanchanaburi, dalam 30 minit dari waterfalls. Tapi on the way nak ke Mida Resort tu, kami singgah Strawberry Park, beli strawberry pastu masuk dalam farm tu sekejap, amik gambar dan tengok pokok strawberry yang diletak atas tanah macam tu jer.
Next sebelum sampai ke Mida Resort, kami singgah di R&R, Chong Sadao. Kat situ kami x expect apa-apa, tapi budak-budak ni nampak replica Iron Man & Incredible Hulk, mintak nak amik gambar. Pusing-pusing kat situ, kami nampak ladang rapeseed terbentang luas, cantik plak. Sempat amik gambar sekejap, pastu gerak ke Mida Resort.
Jam 3 petang, kami sampai Mida Resort Kanchanaburi. Yang ni jer hotel yang agak mewah utk trip kali ni. I amik yang ada swimming pool utk budak-budak ni relax. Rate utk 1 night, 2 connecting rooms RM381. Resort ni kalu korang ada niat nak g Kanchanaburi, the place is a must visit i suggest. Kat resort tu saja korang dah boleh buat macam-macam activity. Resort ni located by the river jugak. Boleh naik rakit la, pastu kalau nak camping pun boleh, stay dlm khemah. Tapi khemah ada aircond & tilam empuk ya. Glamping sangat. Sekeliling resort penuh dengan buai/swing. Pilih la nak naik yg mana satu. Swimming pool dia besar sangat. Tepi swimming pool ada space besar utk anak-anak nak main sandcastle jugak. Dah nama kids kan, haruslah diorg explore semua.


























6/November/2018 - Selasa

Pagi-pagi tu kami explore pusing-pusing sekeliling Mida Resort, worth the tour i can say. and around 12 noon kami gerak keluar dari resort tu. Niat nya 6/11 ni nak g ladang sunflowers kat Lopburi tu la. I salah tengok maps macamana ntah hari tu, rupanya Lopburi dalam 200km dari Kanchanaburi, tapi ikut waze, amik masa dlm 4 jam baru nak sampai. Mana la kami nak pergi, lama macam tu sebab dah gerak lewat. So kami decide nak g ada sunflower field kat Bangkok town, sekali dh smp, sunflowers tu baru harvest. So, no such thing as sunflowers farm visit, the biggest upset I think throughout the trip. Pujuk hati, its okay, that's always next time InsyaAllah.
Alas, kami ke MBK Shopping Mall, lunch kat Yana Restaurant. Pastu gerak ke hostel area airport (Homey Hostel), kami bayar RM210 utk 8 dormitory rooms. The rooms being occupied by none other than us, and the reason we stayed there sebab esok (7/11/18), flight kami ke Hatyai awal pagi, 6. 30 pagi. Dah hntr kami ke hostel Airport, husband and friend g hantar kereta sewa.





7/11/18 - Rabu

6.30 pagi flight ke Hatyai
Tiket flight dari Bangkok ke Hatyai melalui Air Asia lebih kurang RM530 utk semua 7 people. Lebih kurang RM75 seorang. Murah lagi dari train la. Dari Hatyai airport ke padang besar kami naik taxi dlm 900 Baht.
Actually banyak lagi la tempat yg hot attractions yg tourist pergi kalau ke Bangkok, tapi kami x g semua la. Nak pergi semua, lunyai la the kids. Kami bawka ke tempat-tempat yg diorg betul2 having fun jer tu. Kalau backpackers adult, lain la ceritanya. Yang penting, train ride mission accomplished.
Alhamdulillah, everyone had a great journey.



Take kids travel because real experience comes from realilty not fantasy.


  • Share:

You Might Also Like

0 comments